suria

Pasukan RTM Juara Futsal Sukan Media-MSN 2011

KUALA LUMPUR: Pasukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengekalkan kedudukan sebagai johan futsal lima sebelah buat kali kedua berturut-turut pada edisi keempat Sukan Media-MSN 2011 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.

RTM menewaskan TV3 dengan jaringan 4-3 manakala tempat ketiga menjadi milik Astro Arena selepas mengetepikan cabaran pasukan Berita Harian.

Sukan Media-MSN itu bertujuan memupuk semangat kerjasama antara pihak media dan MSN, badan pentadbir induk sukan di negara ini menerusi acara futsal, tenpin boling, badminton dan karaoke.

Edisi keempat Sukan Media-MSN itu disertai kira-kira 200 wartawan sukan dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Harian Metro, Malay Mail, Berita Harian, The New Straits Times (NST), TV3, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Astro Awani, Astro Arena, Kosmo, The Star, Utusan Melayu dan Sinar Harian serta MSN dan Kementerian Belia dan Sukan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain