suria

Mohd Nizam Ambil Alih Tempat Wan Jamak

ALOR SETAR: Tugas Wan Jamak Wan Hassan selaku ketua jurulatih bola sepak akan diambil alih oleh jurulatih Piala Presiden Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof.

Ini dilakukan berikutan penggantungan Wan Jamak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama tujuh perlawanan kerana didapati bersalah mengkritik keputusan pengadil ketika Kedah menentang Perak dalam perlawanan akhir kempen Piala Malaysia buat Kedah pada 28 Sept lalu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata sepanjang tempoh peggantungannya, tugas Wan Jamak akan diambil alih Mohd Nidzam yang akan turut mengekalkan tugasnya sebagai jurulatih pasukan Piala Presiden.

"Saya harap dia (Mohd Nidzam) dapat membantu pasukan Kedah sepanjang tempoh itu," katanya kepada pemberita semasa majlis memperkenalkan pemain baru Kedah bagi Lima Malaysia musim depan di Sri Mentaloon di sini Sabtu.

"Ia dilihat baik untuk skuad Kenari kerana kita mempunyai banyak pilihan pemain yang bagus. Selepas ini Mohd Nidzam juga perlu fokus kepada mencungkil bakat baru untuk diserap ke dalam pasukan utama," tambah Hamdan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain