suria

Tevez Setuju Syarat-Syarat Bersama Milan

Tevez bersetuju dengan rundingan untuk beraksi bersama Milan.
Tevez bersetuju dengan rundingan untuk beraksi bersama Milan.
Tevez bersetuju dengan rundingan untuk beraksi bersama Milan.

AC Milan mengesahkan pihaknya bersetuju dengan syarat-syarat peribadi bersama Carloz Tevez walaupun belum ada persetujuan dengan Manchester City.

Milan mahu mendapatkan penyerang Argentina itu melalui pinjaman sehingga Jun tahun depan sebelum mendapatkan secara tetap selepas itu.

Tevez bersetuju dengan kontrak selama tiga tahun setengah yang bernilai lima juta euro (RM21 juta) setahun atau 82,600 euro (RM 347,143) seminggu berbanding 200,00 euro (RM 840,494) seminggu ketika bersama City.

Ketua Eksekutif Milan, Adriano Galliani berkata, pihaknya telah menemui persetujuan dengan agen Tevez, Kia Joorachbian dan dia akan ke London bagi berunding dengan City.

“Saya telah meyakinkan Tevez bahawa akan menaikkan lagi gajinya. Dia bersetuju untuk bersama Milan. Silvio Berlusconi membenarkan saya mendapatkan pemain ini dan kami menemui agennya untuk mencapai kata sepakat.

“Saya juga telah menghantar email kepada Manchester City mengenai perancangan kami,” katanya.

Galliani juga berkata, pihaknya mahu penyerang itu bersama skuad secepat mungkin pada musim pemindahan pemain Januari ini.

Sementara itu, pengurus City, Roberto Mancini berkata, Tevez patut tinggalkan kelab Januari ini.

“Bagi kami, penting untuk menjual dia. Kami boleh melakukan ini iaitu menjual Carlos, untuk dia dan juga kelab. Jika dia ada peluang bermain di Itali, saya gembira bagi pihaknya,” katanya.

Artikel Lain