suria

City Masih Ada Peluang : Kompany

KAPTEN Manchester City, Vincent Kompany (gambar) yakin pasukannya masih mempunyai peluang untuk terus beraksi dalam saingan Liga Juara-juara (CL) musim ini.

City perlu menewaskan Bayern Munich awal pagi Khamis pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan A, dan berharap Napoli akan tewas ketika bertemu Villarreal nanti.

Pemain pertahan Belgium ini berkata, tidak ada sesiapa di Stadium Etihad berputus asa.

“Kami mempunyai pengalaman cukup dalam perlawanan penting seperti ini. Bagi saya, hanya satu alasan kenapa kami belum layak berada dalam 16 pasukan adalah kerana kami berada dalam kumpulan yang cukup kuat.

“Saya yakin, apa sahaja yang terjadi, kami masih mempunyai peluang untuk beraksi di peringkat Eropah dan ianya adalah Liga Juara-Juara,” katanya.

City berada di tempat ketiga (7 mata) dalam Kumpulan A bersama Bayern Munich (13 mata), Napoli(8 mata) dan Villarreal (0 mata).

Artikel Lain