suria

Liverpool Kecundang 1-0 Di Tangan Fulham

LONDON: Liverpool yang tidak tewas dalam 11 perlawanan berturut-turut akhirnya kecundang dalam perlawanan yang ke-12 di tangan Fulham 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Craven Cottage di sini, awal pagi tadi.

Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina, gagal menangkap kemas tendangan bekas pemain Liverpool, Danny Murphy pada minit yang ke-85 dan penyerang antarabangsa Amerika Syarikat, Clint Dempsey menolak masuk ke gawang gol.

Dalam perlawanan itu juga, pemain Liverpool, Jay Spearing telah dilayangkan kad merah pada minit yang ke-72.

Pada keseluruhannya, pasukan kendalian Kenny Dalglish menguasai permainan tetapi malangnya mereka gagal menggunakan peluang yang ada.

Kemenangan ini juga sudah semestinya melegakan Fulham yang hanya sekadar mencatatkan satu kemenangan sahaja di tempat sendiri sepanjang musim.

FULHAM: Mark Schwarzer, John Arne Riise, Brede Hangeland, Stephen Kelly, Philippe Senderos, Dickson Etuhu, Danny Murphy (Marcel Gecov, 94), Clint Dempsey, Moussa Dembélé, Bryan Ruiz, Bobby Zamora (Andrew Johnson, 71).

LIVERPOOL: José Reina, Glen Johnson, Daniel Agger, Martin Skrtel, José Enrique, Charlie Adam, Jordan Henderson, Jay Spearing, Andy Carroll (Dirk Kuyt, 77), Luis Suárez, Craig Bellamy (Stewart Downing, 77).

PENGADIL: Kevin Friend.

STADIUM: Craven Cottage, Fulham.

JUMLAH PENONTON: 25,688.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain