suria

Sukan Kenderaan Lasak Perkenal Terengganu Ke-30 Negara

KUALA TERENGGANU: Kembara sukan lasak kenderaan 4x4 Rainforest Challenge International Terengganu 2001 (RFC 2011) yang bermula Sabtu bakal memperkenalkan Terengganu ke 30 negara di dunia.

Pengarah RFC Luis J.A Wee berkata ini kerana kebanyakan negara peserta membawa wartawan masing-masing untuk membuat liputan acara itu.

"Rainforest Challenge di Terengganu tahun ini akan berakhir 12 Dis," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah.

Wee berkata seramai 500 peserta dari 30 negara dari Eropah, Amerika Syarikat dan Asia menyertai kembara yang terbahagi kepada 10 peringkat halangan itu.

"Inilah waktu dan ketika yang paling sesuai untuk menonjolkan ikon baru di samping hutan tropika menghijau kepada peserta yang datang dari seluruh dunia itu," katanya.

Beliau berkata sejak dilangsungkan pada tahun 1997, acara tahunan itu menjadi tumpuan pengembara kenderaaan 4x4 dari seluruh pelusuk dunia.

RFC tahun ini melibatkan lokasi di Kuala Berang, Hulu Dungun, Bandar Al-Muktafi Bilah Shah, Bukit Besi, Hutan Jengai, Sungai Nipah sebelum berakhir di Cherating, Pahang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain