suria

Hafiz Pamer Aksi Mengejut Tewaskan Kenichi Untuk Mara Separuh Akhir Terbuka Macau

PEMAIN kelab KLRC, Mohd Hafiz Hashim mempamerkan aksi cemerlang untuk mencapai kemenangan besar pertamanya dalam tempoh sembilan bulan dengan menewaskan pemain utama Jepun, Kenichi Tago 21-14, 21-19 pada peringkat suku akhir Terbuka Macau pada Jumaat. Inilah perlawanan separuh akhir pertama pemain berusia 29 tahun itu dalam mana-mana kejohanan terbuka antarabangsa tahun ini.

Peliknya, ini juga merupakan kemenangan pertama Hafiz ke atas pemain Jepun berusia 22 tahun itu.

Kenichi kini adalah pemain badminton ke-12 dunia.

Hafiz, yang merupakan bekas juara All-England sebelum ini tewas dua kali di tangan Kenichi pada peringkat pusingan pertama - iaitu pada Terbuka Indonesia 2008 dan Terbuka Jepun tahun lepas. Sejak menyertai pasukan kelab, Hafiz hanya sekali sahaja mara ke peringkat separuh akhir dan itu pun dalam kejohanan satelit di New Zealand.

Pada perlawanan hari ini (Sabtu), Hafiz akan bertemu pemain veteran Korea, Lee Hyun-il. Hyun-il menewaskan Taufik Hidayat 12-21, 21-15, 21-17.

Satu lagi perlawanan separuh akhir adalah di antara Du Pengyu dari China dan Simon Santoso dari Indonesia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain