suria

Stadium Dan Prasarana Perbadanan Stadium Malaysia Bukan Projek Gajah Putih

KUALA LUMPUR: Stadium dan prasarana sukan di bawah Perbadanan Stadium Malaysia bukanlah projek 'gajah putih' sebaliknya digunakan secara menyeluruh oleh atlet dan orang awam.

Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Stadim Malaysis Mohd Zulqurnain Muhammad berkata kemudahanan seperti kolam renang, gelanggang skuasy dan stadium hoki di Bukit Jalil serta gelanggang tenis di Jalan Duta di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam dan pihak tertentu setiap minggu untuk berlatih atau menganjur kejohanan.

"Pada sesiapa yang berminat menggunakan kemudahan di bawah Perbadanan Stadium Malaysia boleh menghubungi kami dan mereka hanya perlu mendaftar.

Bayaran yang dikenakan juga amat minimum dan berpatutan," katanya kepada media selepas pelancaran Kejohanan Hoki 9 Sebelah, Bola Keranjang '3on3' dan Gusti Lengan di Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini, Khamis.

Kejohanan itu diadakan untuk mempromosi Kompleks Sukan Negara kepada orang ramai khususnya Stadium Hoki Nasional, yang baru dibuka semula setelah kerja-kerja penambahbaik dan penukaran turf dijalankan Julai lepas.

Kejohanan Hoki 9 Sebelah, Bola Keranjang '3on3' dan Gusti Lengan akan diadakan pada 10 dan 11 Disember di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Bagi penyertaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Pembangunan Acara, Perbadanan Stadium Malaysia, Kompleks Sukan Negara di talian 03-89920888 sambungan 843/844/845 atau menghubungi Haslina (012-6299617) Zarina (019-2549747) dan Fitri Ani (019-3576879) atau menerusi laman web www.stadium.gov.my.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain