suria

Bruce Jadi Pengurus Pertama Dipecat Musim Ini

Bruce dipecat sebagai pengurus Sunderland selepas prestasi tidak memuaskan skuad itu musim ini.
Bruce dipecat sebagai pengurus Sunderland selepas prestasi tidak memuaskan skuad itu musim ini.
Bruce dipecat sebagai pengurus Sunderland selepas prestasi tidak memuaskan skuad itu musim ini.

STEVE Bruce menjadi pengurus pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama dipecat musim ini apabila pasukan Sunderland mengumumkan telah memecat bekas pemain Manchester United itu, Khamis.

Bruce,50, menyertai Sunderland dari Wigan Athletic pada tahun 2009.

“Disebabkan keputusan yang tidak baik sepanjang musim ini menyebabkan kami terpaksa membuat perubahan.

"Ini adalah tugas saya sebagai pengerusi pasukan untuk bertindak bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan saya pasti tindakan ini bukanlah mudah untuk dilakukan,” jelas Ellis Short.

Bruce membawa pasukan berada ditangga ke-13 kedudukan pada musim pertama kendaliannya dan berjaya melakukan perubahan pada musim 2010-11 dengan berada di tempat ke-10.

“Steve telah menunjukkan kejujuran dengan komitmen yang tinggi sepanjang mengendalikan pasukan di Sunderland.

"Secara peribadi saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas sumbangan yang telah diberikan serta kepada semua semua peminat kelab yang telah memberi sokongan kepada kami.

“Sokongan mereka merupakan masa depan kelab ini,” katanya.

Short berkata, tugas menguruskan pasukan akan dipikul oleh pembantu pengurus pasukan, Eric Black sementara mencari pengganti pengurus baru.

Bekas pengurus Aston Villa, Martin O’Neill dan bekas pengurus Fulham, Mark Hughes menjadi pilihan untuk menggantikan tugas itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain