suria

Mancini Berang Dengan Jadual Perlawanan Padat

Mancini tidak berpuas hati dengan jadual perlawanan yang padat.
Mancini tidak berpuas hati dengan jadual perlawanan yang padat.
Mancini tidak berpuas hati dengan jadual perlawanan yang padat.

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini berang mengenai jadual padat perlawanan yang menyebabkan pemain-pemainnya tidak mendapat rehat yang mencukupi.

Pengurus dari Itali itu menunjukkan perasaan tidak puas hati menjelang perlawanan suku akhir Piala Liga menentang Arsenal awal pagi Rabu, di mana pemain-pemainnya hanya berehat 50 jam selepas aksi bertemu Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu.

Mancini sedar dia tidak ada pilihan dan akan menurunkan skuadnya, namun dalam situasi yang berbeza dan dijangka akan menggunakan khidmat pemain-pemain muda jika situasi ini berlaku lagi.

“Kami akan mengubah pasukan kerana situasi ini sama sekali tidak masuk akal. Sebagai contoh, pemain-pemain terpaksa beraksi untuk Kelayakan Piala Dunia dan juga Kejuaraan Eropah dan mereka boleh ‘mati’ kerana tidak cukup masa untuk kembali cergas.

“Bermain dalam tempoh dua hari perlawanan seperti ini memang sukar dipercayai. Saya rasa semua pemain perlu berkata sesuatu mengenai perkara tersebut.

“Bagi pemain, penting untuk mereka bermain, tetapi dalam masa sama penting juga untuk sembuh, sekurang-kurangnya mereka perlu berehat selama tiga hari untuk satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.

Sementara itu Mancini terpaksa meninggalkan dua pemainnya, Gareth Barry dan Mario Balotelli ketika berangkat ke Stadium Emirates kerana keduanya digantung satu perlawanan.

Bagaimana pun, bekas pemain tengah England, Owen Hargreaves bakal diturunkan selepas pulih daripada kecederaan betis sekali gus peluang baginya untuk mengukuhkan kembali kedudukan bersama City.

Artikel Lain