suria

Skuad Olimpik Malaysia Tewas Kepada Bahrain

KUALA LUMPUR: Impian skuad Olimpik Malaysia untuk meraih mata penuh musnah selepas tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kelayakan Sukan Olimpik 2012 (Zon Asia) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Perlawanan ketiga bagi peringkat Kumpulan C ini merupakan kekalahan ketiga buat negara selepas turut tewas 0-2 kepada Jepun dan Syria sebelum ini.

Pada aksi perlawanan itu, pemain paling muda negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor menjadi tumpuan apabila menjaringkan gol awal permainan pada minit ke-30.

Manakala Mahali Jasuli menambah satu lagi gol buat Malaysia pada minit ke-68.

Bagaimana pun skuad Ong Kim Swee ini gagal memanfaatkan peluang yang ada sehingga membenarkan pasukan Bahrain mengutip tiga gol pada babak kedua perlawanan.

Gol-gol Bahrain dijaringkan oleh Salah Al Amer (min-80), Isa Ahmed Muthanna (min-85 dan min-86).

Dengan kekalahan ini, Malaysia kini berada di tangga keempat kedudukan kumpulan tanpa sebarang mata.

Mendahului Kumpulan C ini ialah Jepun dengan 9 mata, diikuti Syria 6 mata dan Bahrain 3 mata.

Artikel Sebelum

Vettel Atasi Rekod Mansell

Artikel Lain