suria

Pengurus Wales Ditemui Mati

Speed ditemui mati dirumahnya pada Ahad.
Speed ditemui mati dirumahnya pada Ahad.
Speed ditemui mati dirumahnya pada Ahad.

PENGURUS pasukan Wales, Gary Speed, ditemui mati di rumahnya pada Ahad.

Menurut kenyataan Polis Cheshire, bekas pemain Leeds, Everton dan Newcastle yang berusia 42 tahun itu ditemui tergantung di rumahnya.

“Pada pukul 7.08 pagi Ahad, 27 November, pihak polis telah dimaklumkan mengenai insiden ini. Pegawai telah bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki.

"Tidak ada sebarang perkara yang mencurigakan di situ dan maklumat seterusnya akan diberitahu kemudian,” jelas kenyataan tersebut.

Speed dilantik menjadi pengurus Wales Disember lalu dan memulakan tugas pertama bersama pasukan pada Februari tahun ini sekali gus menyaksikan prestasi skuad kendaliannya semakin meningkat.

Mewakili Wales sebanyak 85 kali dan pernah menjuarai Liga Divisyen Satu pada tahun 1992 semasa menyarungi jersi Leeds United.

Artikel Sebelum

Vettel Atasi Rekod Mansell

Artikel Lain