suria

19 RAMD Kedah Dan Melaka Rebut Piala Sultan Abdul Halim Rabu Ini

ALOR SETAR: Pasukan 19 Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) Kedah dan 19 RAMD Melaka akan berentap untuk merebut kejuaraan bola sepak Piala Sultan Abdul Halim Mu'azam Shah 2011, kejohanan tahunan RAMD.

Perlawanan akhir itu dijadual berlangsung di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor pukul 9 pagi Rabu ini.

Menurut kenyataan Pusat Komunikasi UKM di sini, Ahad, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyaksikan perlawanan tersebut dan menyampaikan hadian kepada juara.

Panglima Markas Tentera Darat Leftenan Jeneral Zulkifli Kasim dan Naib Canselor UKM Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahbudin juga dijangka hadir menyaksi perlawanan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Vettel Atasi Rekod Mansell

Artikel Berikut

Artikel Lain