suria

The Blues Semakin Goyang

Frank Lampard kecewa selepas pasukannya tewas 1-2 kepada Leverkusen pada saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

PASUKAN Chelsea sekali lagi menghadapi saat sukar apabila tewas 1-2 kepada Bayer Leverkusen pada aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara (CL) di BayArena, Khamis.

Biarpun berjaya mendahului tuan rumah pada minit ke-48 melalui jaringan Didier Drogba, The Blues gagal mematikan serangan Leverkusen apabila Eren Derdiyok menyamakan kedudukan pada minit ke-73.

Manakala Manuel Friedrich memastikan kemenangan berpihak kepada pasukannya selepas melakukan tandukan cantik pada minit ke-90 perlawanan.

Dengan kekalahan itu menyaksikan pasukan kendalian Andre Villas-Boas ini mengalami empat kekalahan daripada tujuh perlawanan termasuk tewas 0-1 kepada QPR bulan lalu, serta kalah kepada Arsenal dan Liverpool di tempat sendiri pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain