suria

Skuad Olimpik Malaysia Tewas 0-2 Kepada Syria

KUALA LUMPUR: Skuad Olimpik Malaysia tewas 0-2 kepada pasukan Olimpik Syria pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 (Zon Asia) Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu.

Pada aksi separuh pertama, kedua pasukan terikat tanpa jaringan dan permainan agak seimbang dalam melakukan setiap serangan ke arah gol.

Sementara itu, pada babak kedua perlawanan, rentak skuad Harimau Muda mula berubah apabila pemain-pemain Syria banyak melakukan serangan pantas sehingga menghasilkan gol pertama melalui jaringan Solaiman pada minit ke-52.

Manakala Nassouh Nakkdahli memastikan pasukannya berada dalam selesa selepas menjaringkan gol kedua pada minit ke-87.

Skuad Malaysia gagal mencari sebarang gol sehingga wisel tamat dibunyikan. Anak buah Ong Kim Swee ini akan meneruskan aksi bertemu Bahrain pada 27 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada September lalu, skuad Malaysia turut tumpas 0-2 kepada Jepun pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Artikel Sebelum

Tsonga Singkirkan Nadal Di London

Artikel Berikut

Artikel Lain