suria

SPRM Anjur Grand Final Futsal Gerak Mesra Keselamatan 2011

KUALA LUMPUR: Bahagian Keselamatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan Grand Final Futsal Gerak Mesra Keselamatan 2011 yang akan berlangsung di Galaxy Futsal di Bangi pada 10 Disember ini.

Pengurus program Ahmad Sabri Mohamed berkata kejohanan itu akan disertai pasukan-pasukan pemenang Siri Futsal Keselamatan SPRM, agensi penguatkuasa dan keselamatan serta pasukan media dan agensi berita.

Grand Final itu dibahagikan kepada tiga peringkat liga iaitu Liga SPRM bagi merebut Piala Adil untuk Siri Futsal Keselamatan SPRM, Liga Penguatkuasa bagi merebut Piala Tegas untuk agensi penguatkuasa dan keselamatan, serta Liga Media untuk mengejar kejuaraan Piala Amanah untuk agensi berita dan media.

Ahmad Sabry berkata setiap liga terhad kepada enam pasukan, dan pemenang setiap liga akan layak ke peringkat seterusnya untuk merebut Piala Juara Antara Juara iaitu dinamakan Piala Keselamatan.

Bagi peringkat tersebut, pasukan yang layak dibenarkan meminjam tidak lebih daripada tiga pemain tambahan dari pasukan lain dalam liga yang disertai dengan sebanyak 13 orang pemain dibenarkan untuk didaftarkan.

Pasukan yang ingin menyertai kejohanan itu boleh berhubung dengan urusetia di talian 03-88867669. - BERNAMA

Artikel Sebelum

The Blues Semakin Goyang

Artikel Berikut

Artikel Lain