suria

Sokongan Keluarga Pada Skuad Olimpik

KUALA LUMPUR: Keluarga kepada pemain skuad Olimpik negara turut hadir untuk memberi sokongan kepada pemain yang akan menentang Syria dalam perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam Rabu.

"Demi kejayaan Fadli dan skuad negara, saya dan isteri sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk memberi sokongan," kata Mohd Shas Enggor, 50, bapa kepada Fadli.

Beliau dan isteri Jamilah Abu Hamid datang dari Pontian, Johor dengan doa dan harapan agar Fadli dan rakan-rakanya mampu beraksi cemerlang malam ini.

Skuad tersebut baru sahaja berhemas-pulas untuk memenangi pingat emas Sukan SEA di Indonesia dengan mengalahkan pasukan tuan rumah.

Pesara tentera itu memberitahu Bernama, Fadli sering menghubungi mereka sebelum beraksi pada mana-mana kejohanan.

Bapa kepada Nazmi Faiz, Mansor Mustafa, 47, berkata beliau juga sentiasa memberi sokongan moral kepada anaknya dan berharap Nazmi mampu beraksi baik malam ini.

"Saya sering mendoakan kejayaan Nazmi dan saya yakin dengan kemampuannya kerana dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu perkara," kata peniaga dari Kuala Selangor ini.

Beliau turut bersyukur dan merasa bangga dengan kejayaan skuad bola sepak negara memenangi pingat emas Sukan SEA dua hari lalu dan berharap pemain mampu menewaskan Syria. - BERNAMA

Artikel Sebelum

The Blues Semakin Goyang

Artikel Berikut

Artikel Lain