suria

Kim Swee Ajak Penyokong Malaysia Penuhi Stadium

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad Harimua Muda, Ong Kim Swee mengajak semua penyokong-penyokong bola sepak tanah air datang ke stadium bagi memberi sokongan pada aksi Malaysia bertemu Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil, 8.45 malam Rabu.

Malaysia bakal meneruskan aksi kedua peringkat Kumpulan C selepas tewas kepada Jepun September lalu bagi Kelayakan Olimpik (Zon Asia).

Kim Swee berkata, kehadiran penyokong ke stadium memberi makna penting untuk skuad negara meneruskan aksi cemerlang selepas berjaya mempertahankan pingat emas pada Sukan Sea, Isnin lalu.

"Saya akui pemain-pemian masih lagi berada dalam keadaa letih selepas mengharungi jadual ketat di Indonesia, namun itu tidak mematahkan semangat mereka untuk mempamerkan aksi terbaik.

"Dalam masa sama, saya yakin kehadiran penyokong-penyokong mampu mempengaruhi rentak mereka. Pasukan Syria bukanlah sebarang pasukan dan mereka juga telah menang pada aksi pertama menentang Bahrain sebelum ini.

"Dengan ketiadaan beberapa pemain yang masih mengalami kecederaan, saya akan cuba membut perhitungan baru dengan pemain-pemain lain," katanya kepada media, Selasa.

Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Gary Steven Robbart disahkan tidak dapat beraksi, namun Wan Zack Haikal Wan Nor masih dinilai tahap kecergasannya.

Artikel Sebelum

The Blues Semakin Goyang

Artikel Berikut

Artikel Lain