suria

Malaysia Tambah Dua Emas Hari Ke-10 Sukan SEA

SENAYAN (JAKARTA): Malaysia menambah dua lagi pingat emas menerusi final wushu, menjadikan jumlah itu kepada 49 pingat emas pada hari ke-10 Sukan SEA di Indonesia.

Atlet wushu wanita, Tai Cheau Xuen memenangi pingat emas pada acara Nandao + Nan Gun manakala Kevan Cheah Peng turut merangkul emas menerusi Nandao + Nan Gun lelaki.

Pada masa sama, kontinjen wushu Malaysia turut membawa pulang dua pingat gangsa pada acara Dao Shu + Gun Shu lelaki disumbangkan oleh Ong Shi Chuan dan Diana Bong pada acara Nandao + Nan Gun wanita.

Selain itu, Koo Chee Zhong juga membawa pulang pingat perak menerusi acara Nandao + Nan Gun lelaki.

* Dipetik daripada http://apps.seag2011.com

Artikel Berikut

Artikel Lain