Sukan Sea: Aaliyah Yoong Atlet Termuda Menang Pingat Emas - Sukan | mStar

Sukan Sea: Aaliyah Yoong Atlet Termuda Menang Pingat Emas

PALEMBANG: Atlet Malaysia Aaliyah Yoong Hanifah, 8, membuat kejutan di Tasik Jakabaring di sini apabila memenangi pingat emas dalam kategori tricks Sukan SEA Ke-26 hari ini dan sekali gus muncul sebagai atlet paling muda yang meraih pingat emas dalam sejarah sukan itu.

Aaliyah mempamerkan aksi dengan penuh keyakinan dalam rutin pusingan pertama dan mengutip 2,810 mata sebelum melakukan trick satu kaki dalam pusingan kedua untuk meraih 2,960 mata.

Sebagai peserta yang memiliki tubuh jauh lebih rendah dan kecil berbanding atlet lain, penyertaannya menjadi tumpuan para penonton dan media.

Aaliyah berkata dia teruja kerana memenangi pingat emas untuk Malaysia.

"Keyakinan saya tidak pernah luntur. Saya hampir hilang imbangan pada pusingan pertama, tapi mujurlah dapat mengatasinya," kata atlet luar biasa ini kepada pemberita.

Peserta Thailand Sareeya Promsuntisit menang pingat perak dengan meraih 2,410 mata dalam pusingan pertama dan 2,570 mata dalam pusingan kedua, manakala seorang lagi atlet Malaysia Phillipa Yoong-Barly mendapat pingat gangsa setelah meraih 1,890 mata pada pusingn pertama dan 1,860 mata pada pusingan kedua.

Bapa Aaliyah, Hanifah Yoong, berkata anaknya bermain ski air sejak berusia lima tahun.

"Kami tak mahu mendesaknya sangat-sangat kerana dia masih muda. Kami tak mahu dia berasa tertekan. Bagaimanapun, dia amat suka berlatih seolah-olah ketagih dengan sukan ini," katanya.

Hanifah berkata walaupun Aaliyah berlatih lima hari seminggu, dia tetap mempunyai masa untuk bergaul dengan rakan-rakannya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sukan Sea: Jadual Perlawanan Bola Sepak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain