suria

Sukan Sea: Acara Pedang Raih Emas Selepas 22 Tahun

JAKARTA: Selepas 22 tahun memperoleh emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur pada 1989, skuad acara pedang memungut pingat emas di Sukan SEA yang kini berlangsung di Indonesia.

Joshua Koh menewaskan Muhammad Haerullah dari Indonesia 12-6 dalam acara individu Epee lelaki yang berlangsung di Universiti Indonesia, Ahad.

Pada peringkat suku akhir, skuad Malaysia menewaskan pasukan Singapura Lim Wei Wen 15-11, untuk menebus kekalahannya 9-15 dengan lawan yang sama di Sukan SEA 2007.

Joshua menewaskan Panthawit Chamcau dari Thailand 15-9 dalam separuh akhir sebelum bertemu pasukan Indonesia pada akhir.

Pengurus pasukan Riduan Abdul berkata kemenangan Joshua sangat mengejutkan pasukan kerana peserta itu tidak menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pusingan awal.

"Tetapi dalam pusingan penyingkiran, bermula dengan suku akhir, walaupun hanya buat pertama kali tetapi mampu ke akhir," katanya.

Riduan berkata kali terakhir peserta Malaysia memenangi pingat emas dalam acara ini ialah pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 dan memperoleh dua pingat gangsa di Sukan SEA Korat pada 2007.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain