suria

Sukan Sea: Jalur Gemilang Mula Berkibar Perkambungan Atlet

PALEMBANG: Jalur Gemilang bersama-sama bendera sembilan negara anggota ASEAN lain serta Timor Leste dinaikkan pada satu majlis ringkas sempena temasya Sukan SEA ke-26 Indonesia, Khamis.

Ketua Kontinjen Malaysia di Palembang, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali dan timbalannya, C. Sivanandan turut hadir pada majlis yang diadakan di Perkampungan Atlet yang terletak dalam kawasan Kompleks Sukan Jakabaring.

Majlis bermula dengan acara menaikkan bendera negara anggota mengikut abjad bermula dengan Brunei, diikuti Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste, Vietnam dan diakhiri dengan bendera negara tuan rumah, Indonesia.

Perkampungan Atlet di Kompleks Sukan Jakabaring kini bersedia menerima kedatangan lebih 2,000 atlet dari semua negara yang menyertainya.

Upacara perasmian temasya Sukan SEA ke-26 akan disempurnakan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, esok.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain