suria

Kematian Joe Frazier Kehilangan Besar - Rahim Razali

PETALING JAYA: Kematian bekas juara tinju heavyweight dunia, Joe Frazier merupakan kehilangan besar pada sukan tinju di peringkat antarabangsa.

Menurut pengulas sukan dan pelakon terkenal, Datuk Rahim Razali kematian Frazier disifatkan sebagai ‘tiada galang gantinya’ kerana beliau merupakan seorang petinju yang mempunyai kemahiran setanding dengan peninju terkenal dunia, Muhammad Ali.

“Saya sendiri pernah menjadi pengulas sukan, ketika perlawanan Joe Bugner menentang Muhammad Ali di Kuala Lumpur pada 1975. Saya juga dapat berjumpa dan berbual dengan beliau secara bersemuka selepas perlawanan tersebut kerana beliau hadir menyaksikannya.

“Secara peribadi saya melihat beliau seorang yang sangat merendah diri, baik hati serta mempunyai kebolehan setanding dengan Muhammad Ali, katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Justeru, Rahim berkata pemergian Frazier amat dirasai oleh peminat sukan tinju dunia.

Juara tinju kategori heavyweight itu meninggal dunia pada Selasa selepas menderita penyakit barah hati.

Frazier mula dikenali selepas mengalahkan peninju terkenal dunia, Muhammad Ali dalam satu siri perlawanan pada tahun 1970an.

Beliau yang mempunyai nama timangan, Smokin' Joe hanya pernah tewas dalam perlawanan tinju sebanyak empat kali memulakan karier sebagai peninju heavyweight pada tahun 1965 dan mengakhiri kerjaya atletnya pada tahun 1981.

Pernah menjadi jurulatih, Frazier diberi rawatan di rumahnya selepas didapati menghidapi barah hati beberapa minggu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain