suria

Misi Berganda Kontinjen Malaysia Di Sukan SEA Indonesia

JAKARTA: Kontinjen Malaysia ke Indonesia akan mempunyai misi yang berganda untuk disempurnakan dengan jayanya pada Sukan SEA ke-26 yang akan bermula dengan rasminya serentak di dua venue, Jakarta dan Palembang Jumaat ini.

Dengan 542 pingat yang dipertandingkan daripada 43 acara, 22 di Jakarta dan 21 di Palembang, kontinjen Malaysia mengandungi 891 atlet dan pegawai, diberikan tanggungjawab untuk memperoleh sasaran sederhana 45 pingat emas dari Indonesia.

Kontinjen Malaysia akan diketuai oleh Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Naim Mohamad sementara Datuk Syed Mustaffa Syed Ali sebagai CDM di Palembang.

Naim ialah Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) sementara Syed Mustaffa adalah Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM).

Kontinjen Malaysia akan bertanding dalam 38 acara sukan dan tidak akan mengambil bahagian dalam sukan tradisional seperti perlumbaan bot tradisional, renang sirip, gusti, vovinam (seni pertahan diri Vietnam) dan soft tenis.

"Sasaran sederhana 45 pingat emas adalah realistik kerana kebanyakkan atlet senior kita tidak menyertai Sukan Indonesia ini kerana mereka mahu menumpukan Kelayakan Olimpik 2012 ," kata Naim.

Bagaimanapun Skuad Bola sepak Bawah-23 mempunyai misi mereka sendiri di Jakarta, di samping mengekalkan pingat emas yang diperoleh di Sukan SEA Laos dua tahun lepas, pasukan itu juga perlu membuktikan kebolehan mereka sebagai pasukan terbaik rantau ini.

Kebelakangan ini, beberapa negara jiran agak sinnikal dengan pencapaian Harimau Muda, menang banyak emas di Laos selepas 20 tahun ketandusan dan terus menjuarai Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tahun lepas.

Bagi negara-negara jiran, pencapaian Malaysia hanyalah kejayaan satu itu dan tidak mencerminkan kebangkitan terus menerus darah muda.

Sehubungan itu Sukan SEA Indonesia akan menjadi lapangan perjuangan hebat bagi Harimau Muda, jurulatih Ong Kim Swee, akan meningkatkan kebanggaan mereka.

Tetapi ia bukanlah satu tugas yang mudah pada kali ini kerana Malaysia perlu bersaing dengan kuatnya bersama-sama negara tuan rumah Indonesia, Singapura, Kemboja dan Thailand.

Menunggu Harimau Muda dalam Kumpulan A akan bertarung dengan Thailand yang telah memenangi banyak pingat emas dalam 13 edisi bermula 1965, 1975, 1981, 1983, 1985, 1993, 1995, 1997, 1999, 2001, 2003, 2005 dan 2007.

Hos Indonesia, walaupun hanya menang emas dalam bola sepak dua kali pada 1987 dan 1991 tetapi bermain di tempat sendiri dengan sokongan penyokong yang fanatik, merupakan satu kelebihan bagi mereka.

Malaysia telah menang emas lima kali, 1961, 1977, 1979, 1989 dan 2009.

Harimau Muda juga menjadi skuad pertama Malaysia merasai persekitaran yang kompetitif Sukan Indonesia apabila mereka bermain menentang Singapura pada perlawanan pembukaan Kumpulan A, dalam acara bola sepak lelaki di Stadium Gelora Bung Karno semalam, yang berakhir dengan seri.

Bagi hos, Indonesia berhasrat menjadi juara keseluruhan dengan sasaran sekurang-kurangnya 120 daripada 542 pingat emas yang ditawarkan.

Keputusan bagi Indonesia menjadi hos sukan dwi-tahunan dibuat pada mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA di Bangkok pada September, 2006.

Tahun ini merupakan tahun keempat Indonesia menjadi negara tuan rumah untuk sukan dwi-tahunan ini selepas edisi 1979, 1987 dan 1997, yang semuanya berlangsung di Jakarta.

Sukan 2011, bagaimanapun, menandakan buat pertama kali penganjur memutuskan untuk mengadakan sukan itu di dua lokasi berasingan, Palembang di Sumatera Selatan dan ibu negara Jakarta.

Pada mulanya republik itu bercadang menganjurkan sukan tersebut di empat wilayah, Jakarta, Bandung, Semarang dan Palembang tetapi Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada Julai tahun lepas, membuat keputusan agar sukan berkenaan diadakan di Jakarta dan Palembang. Venue utama di Jakarta terletak di Kompleks Sukan Gelora Bung Karno sementara di Palembang di Kompleks Sukan Jakabaring.

Oleh kerana kebanyakkan venue sukan di Jakarta hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian, pihak berkuasa di Palembang terpaksa bekerja 24 jam bagi memastikan venue yang baru dibina ini, siap sebelum majlis perasmian Jumaat ini.

Sebanyak 23 acara sukan di Jakarta termasuk bola sepak, memanah, badminton, bola keranjang, tenis meja, boling, wushu, pencak silat, karate, kempo, judo, taekwondo, berbasikal, futsal, pedang, perahu layar, luncur angin dan vovinam.

Sementara itu 21 sukan akan diadakan di Palembang juga termasuk bola tampar, gusti, angkat berat, atletik, akuatik, renang sirip, luncur air, jimnastik, menembak, petanque, panjat tembok, biliard, sepak takraw, tinju, kasut roda, bridge, bola lisut, besbol, tenis, tenis lembut dan catur.

Indonesia secara kebetulan menjadi juara keseluruhan apabila menjadi hos sukan itu pada 1979, 1987 dan 1997. -BERNAMA

Artikel Lain