suria

Malaysia Hidup Semula Harapan Apabila Seri 1-1 Dengan NZ

JOHOR BARU: Malaysia menghidupkan semula harapan pada saingan Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor apabila seri 1-1 dengan New Zealand di Stadium Taman Daya di sini malam Ahad.

Ketika suasana nampak suram bagi Skuad Projek 2013 negara, Amir Farid Ahmad Fuzi memberi sinar harapan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-62 untuk mengecewakan kemenangan kedua New Zealand.

Kekalahan tipis 1-2 kepada Australia pada perlawanan pembukaan semalam meletakkan skuad bimbingan Mohd Dharma Abdullahdalam keadaan tertekan dan jaringan Russell Kane pada minit kesembilan menambah keperitan.

Bagaimanapun, Malaysia enggan melepaskan tangan dengan mengadakan gerakan kemas untuk memperoleh enam pukulan sudut penalti serta berazam untuk mencari gol penyamaan.

Sementara itu, pasukan pilihan awal, Australia mencapai kemenangan kedua berturut-turut apabila mengalahkan India 3-2.

Australia mencapai kedudukan selesa 3-1 sebelum minit ke-50 dengan hasil jaringan Daniel Beale pada minit kelapan, Josh Waltera (minit ke-29) dan Cameron Joyce pada minit ke-50.

India, yang kalah 4-6 kepada Korea Selatan semalam, membalas dua jaringan menerusi Ramandeep Singh pada minit ke-24 dan 66.

Dalam satu lagi perlawanan, Korea Selatan turut mencapai kejayaan kedua berturut-turut setelah mengalahkan Pakistan 2-1. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain