Capello Namakan Pemain Muda Chelsea Daniel Sturridge & Jack Rodwell Dalam Skuad England - Sukan | mStar

Capello Namakan Pemain Muda Chelsea Daniel Sturridge & Jack Rodwell Dalam Skuad England

PENGURUS ENGLAND, Fabio Capello untuk pertama kalinya telah menamakan pemain yang sedang meningkat naik dalam skuad utama Chelsea, Daniel Sturridge dan pemain muda Everton, Jack Rodwell dalam skuad kebangsaan untuk berhadapan dengan Sepanyol dan Sweden dalam siri perlawanan persahabatan Sabtu dan Selasa depan.

Kedua-dua pemain berkenaan sebelum ini adalah pemain regular dalam skuad England Bawah 21 Tahun kendalian Stuart Pearce.

Penyenaraian Rodwell telah menyebabkan penyerang Liverpool Andy Carrol terpaksa dilupakan oleh Capello.

Capello turut memilih penyerang Aston Villa, Gabriel Agbonlahor manakala kapten, John Terry turut disenaraikan dalam skuad kebangsaan walaupun kesnya masih dalam siasatan polis metropolitan kerana mengeluarkan kata-kata yang berunsur rasis kepada pemain QPR, Anton Ferdinand.

Bagaimanapun, Capello tidak menamakan siapakah yang bakal dilantik sebagai kapten pasukan kali ini.

Capello juga dijangka akan cuba membuat gandingan baru di bahagian pertahanan dengan menurunkan Joleon Lescott, Gary Cahill, Phil Jagielka dan Phil Jones.

Tiga pemain utama Man Utd, Wayne Rooney, Ashley Young dan Rio Ferdinand tidak disenaraikan dalam skuad ini.

Selain Daniel Sturridge dan Jack Rodwell, dua lagi pemain yang belum pernah mewakili England di peringkat senior tetapi disenaraikan oleh Capello ialah Kyle Walker dari Tottenham dan David Stockdale dari Ipswich Town.

SENARAI PENUH SKUAD ENGLAND:

PENJAGA GOL; Joe Hart (Manchester City), Carson (Bursaspor), Stockdale (Ipswich Town);

PERTAHANAN: Glen Johnson (Liverpool), Phil Jones (Man Utd), Tim Cahill (Bolton Wanderers), John Terry, Ashley Cole (Chelsea), Baines, Jagielka (Everton), Lescott (Man City), Walker (Tottenham);

TENGAH: Lampard (Chelsea), Rodwell (Everton), Downing (Liverpool), Barry (Man City), Adam Johnson (Man City), Milner (Man City), Parker (Tottenham),

STRIKER: Walcott (Arsenal); Bent (Aston Villa), Sturridge (Chelsea), Agbonlahor (Aston Villa), Zamora (Fulham), Welbeck (Man Utd).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain