suria

Man United Kalahkan Galati 2-0

PASUKAN Manchester United mengukuhkan kedudukan Kumpulan C selepas menewaskan Otelul Galati 2-0 pada saingan Liga Juara-Juara (CL) di Old Trafford awal pagi Khamis.

Antonio Valencia membuka jaringan seawal minit kelapan permainan, manakala Wayne Rooney menambah jaringan pada minit ke-87.

Pasukan dari Romania itu sehingga kini masih belum berjaya mengumpul sebarang mata walaupun menampilkan pemain tengah terbaik, Ionut Neagu.

Bagaimana pun tekanan yang dilakukan oleh skuad United gagal ditangani Galati sekali gus memudahkan anak buah Sir Alex Ferguson itu mengatur serangan.

Kini United mendahului kedudukan kumpulan selepas mengumpul lapan mata bersama Benfica, namun kelebihan gol memihak kepada juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain