suria

Lapan Pelayar Negara Siap Sedia Hadapi Pusingan Kelayakan Olimpik

LANGKAWI: Seramai lapan pelayar yang dipilih menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik di Perth, Australia bermula 3 Dis diberikan latihan intensif termasuk tiga orang dihantar menyertai 'Cabaran Sail Sidney' di benua kanggaru itu.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata pelayar elit, Khairulnizam dan adiknya Khairuneeta Mohd Afendy serta Nur Amira Hamid sedang bertanding di Sidney.

Lima lagi pelayar ialah Mohd Romzi Mohammad, Khairulnisa Mohd Afendy, Nur Ashikin Mohd Sayed, Ku Anas Ku Zamil dan Mohammad Hafizudin Mazlan.

Mohd Afendy berkata kesemua pelayar itu telah mengikuti kursus meningkatkan kecerdasan fizikal di Institut Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur selama sebulan sejak 11 September lepas.

"Latihan intensif di Langkawi adalah untuk memantapkan persiapan mereka menjelang pusingan kelayakan itu," katanya.

Sukan Olimpik 2012 akan berlangsung di kota London.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain