Nisha Sedia Hadapi Lawan Lebih Berpengalaman - Sukan | mStar

Nisha Sedia Hadapi Lawan Lebih Berpengalaman

KUALA LUMPUR: Atlet pelapis karate negara Nisha Alagasan tidak keberatan menggalas cabaran pihak lawan yang lebih berpengalaman pada penyertaan pertamanya di Sukan SEA, Indonesia, bulan depan.

Nisha, 23, yang akan beraksi dalam acara Kumite Bawah-55kg wanita, berkata sebagai persediaan beliau telah menjalani latihan sejak September tahun lepas di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan, P. Arivalagan.

"Saya berasa amat gembira terpilih dalam barisan atlet ke Sukan SEA kali ini walaupun pada hakikatnya saya berasa sangat gementar.

"Pada mulanya saya berasa sangat tertekan kerana diletakkan harapan yang begitu tinggi bagi acara itu namun atas segala tunjuk ajar jurulatih dan dengan latihan yang gigih, saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan pihak lawan yang lebih senior daripada saya," katanya kepada Bernama.

Mengenai sandaran pingat perak yang diletakkan di bahu beliau oleh Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), atlet yang berasal dari Perak itu berkata beliau mensasarkan untuk sekurang-kurangnya berjaya ke peringkat akhir, namun secara peribadi tidak meletakkan sebarang sandaran warna pingat.

Menurut Nisha, pemilihan beliau mewakili negara pada Sukan SEA ini adalah berdasarkan kepada kejayaannya meraih pingat emas acara yang sama pada Kejohanan Karate Senior MAKAF di Johor, Jun lepas.

Antara pencapaian Nisha dalam sukan karate ialah meraih pingat gangsa di Kejohanan Kobe Osaka International (KOI) World Cup 2009, pingat perak di KOI Regional 2010, pingat perak di Kejohanan Terbuka Istanbul 2009 dan pingat gangsa di Terbuka Indonesia 2010 dan 2011.

"Memandangkan ini kali pertama saya menyertai Sukan SEA, saya rasa semua pasukan yang bertanding mempunyai kelebihan tersendiri dan saya tidak boleh memandang rendah keupayaan setiap pasukan lawan," katanya.

Beliau berkata peluang terpilih ke Sukan SEA tidak akan disia-siakan dan beliau akan mencuba sehingga ke tahap paling maksimum bagi mencapai kejuaraan yang pernah dikecapi oleh atlet negara sebelum ini.

"Saya akan menjadikan pengalaman di Sukan SEA ini sebagai pengalaman berharga untuk kejohanan yang akan datang," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain