suria

Man United Tewaskan Aldershot, 3-0

MANCHESTER United bangkit dari kekalahan selepas menang 3-0 ke atas Aldershot Town pada perlawanan pusingan keempat Piala Carling di Stadium EBB, awal pagi Rabu.

Selepas tewas 1-6 kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu, pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson melakukan percaturan baru dengan menyenaraikan Berbatov dan Micheal Owen, Nemanja Vidic, Phil Jones, Tom Cleverly dan Park Ji-Sung bagi perlawanan ini.

Berbatov berjaya menjaringkan gol awal perlawanan pada minit ke-15, diikuti Owen (m-41) dan gol ketiga dilakukan oleh Valencia pada minit ke-48.

Artikel Sebelum

Artikel Lain