suria

Kejohanan Paintball Terbesar Asia Diadakan Dalam Dewan MIEC Langkawi

KUALA LUMPUR: Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA 2011) buat julung kali akan diadakan dalam dewan tertutup yang dilengkapi penghawa dingin di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, dari 10 hingga 13 Nov ini.

Kejohanan edisi pertama berskala dunia itu akan menghimpunkan lebih 150 pasukan dari 30 negara dan antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.

Pengerusi WCA 2011, Datuk Mahadzir Khalid, berkata lebih 1,000 pencinta sukan itu akan bersatu di Langkawi.

"Tanpa disangkal lagi, kita sedang mencipta lagenda tersendiri menerusi penganjuran WCA 2011 yang menjadi penanda aras untuk penganjuran acara seumpamanya di seluruh dunia," katanya pada majlis pelancaran kejohanan itu di sebuah restoran di Ampang, di sini, Isnin.

Beliau berkata pencapaian itu secara tidak langsung menyerlahkan lagi nama Langkawi sebagai lokasi utama untuk acara sukan dan pelancongan.

Selain itu, Tunku Panglima Besar Kedah Datuk Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenan menjadi penaung kejohanan tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain