suria

Pedrosa Mula Di Petak Pertama MotoGP Malaysia

SEPANG: Dani Pedrosa dari pasukan Repsol Honda Team meraih petak pertama selepas mencatat keputusan terpantas pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang.

Pedrosa mencatat 2'01.462 saat mengatasi 39 saat rakan sepasukan, Casey Stoner (2'01.491) sekali gus menyaksikan dia akan memulakan perlumbaan di petak pertama perlumbaan esok.

Sementara itu, bagi kategori Moto2 pula, Thomas Luthi dari pasukan Interwetten Paddock Moto2 menguasai aksi kelayakan ini apabila berada di depan pelumba-pelumba lain dengan catatan masa 2'07.512 saat dan diikuti Stefan Bradl (2'07.724) dari pasukan Viessmann Kiefer Racing.

Selain itu, pelumba negara, Mohamad Zamri Baba (Petronas Malaysia) menamatkan pusingan kelayakan ini di kedudukan ke-28 dengan catatan 2' 09.822 saat dan seorang lagi pelumba muda negara, Hafizh Syahrin di posisi ke-34 dengan mencatat 2'11.388.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain