suria

Terengganu Tidak Leka Kemenangan Separuh Akhir Pertama

KUALA TERENGGANU: Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, mahu anak buahnya tidak terbawa-bawa dengan kemenangan 2-0 ke atas Selangor pada separuh akhir pertama Piala Malaysia pada Isnin lepas, sebaliknya memberikan tumpuan pada perlawanan kedua di sini malam Sabtu.

Katanya beliau mahu skuad Penyu masuk ke padang dengan memburu sebanyak mungkin gol bagi menempah tiket ke peringkat akhir.

Beliau berkata kesemua pemain utama berada pada tahap kecergasan terbaik untuk menentang Selangor yang merupakan juara sebanyak 32 kali piala berprestij itu.

"Walaupun berkelebihan dua gol, ia bukan satu jaminan selesa untuk kita hanya bertahan pada perlawanan penting itu. Seharusnya kita akan menyekat kemaraan Selangor," katanya.

Irfan berkata Terengganu, juara Piala Malaysia 2001, akan mengekalkan corak menyerang. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain