suria

MotoGP Malaysia: Pedrosa Terpantas Ujian Masa

SEPANG: Penunggang Repsol Honda, Dani Pedrosa, mencatat masa terpantas dalam sesi ujian pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Shell Advance Malaysia di Litar Sepang pagi Jumaat.

Pelumba Sepanyol itu mencatat masa 2 minit 1.916 saat, diikuti dua rakan sepasukannya, Casey Stoner dari Australia dan Andrea Dovizioso dari Itali, yang masing-masing ketinggalan 0.641 saat dan 0.674 saat.

Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi dari Pasukan Ducati, mencatat masa 2 minit 04.280 saat, yang ke-10 terpantas.

Sesi kedua ujian masa akan berlangsung pada 2.10 petang ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain