Bola Sepak Sukan SEA: Malaysia Dalam Kumpulan Maut - Sukan | mStar

Bola Sepak Sukan SEA: Malaysia Dalam Kumpulan Maut

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal berhadapan misi getir bagi mempertahankan pingat emas bola sepak temasya Sukan SEA apabila diundi bersama tuan rumah, Indonesia dan Thailand, dalam kumpulan A.

Selain itu, kumpulan itu turut disertai oleh Singapura dan Kemboja.

Undian acara bola sepak Sukan SEA Indonesia 2011 berlangsung di Stesen Televisyen Indonesia Studio 4 RCTI (Rajawali Citra Televisi Indonesia) di Jakarta Barat, Indonesia, pada Rabu.

Kumpulan B pula dianggotai oleh naib juara edisi lepas, Vietnam, Laos, Brunei Darussalam, Timor Leste, Myanmar dan Filipina.

Proses undian itu turut disiarkan menerusi talian internet. Menerusi undian itu, skuad negara bawah 23 tahun negara di bawah jurulatih Ong Kim Swee, akan membuka saingan dengan menentang Singapura pada 9 Nov diikuti Thailand (11 Nov), Kemboja (15 Nov), Indonesia pada 17 November.

Acara bola sepak Sukan SEA akan bermula dari 3 hingga 21 November di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium Lebak Bulus, Jakarta Selatan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata skuad negara perlu menerima undian itu dengan hati terbuka.

"Realitinya, ini adalah bola sepak dan kita tidak boleh mengelak untuk bertemu pasukan yang lebih kuat kerana hanya pasukan yang kurang keyakinan sahaja akan berusaha mengelak daripada bertembung dengan pasukan handalan," katanya.

Sementara itu, bekas jurulatih skuad Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah mengakui cabaran dalam kumpulan A pastinya getir dengan kehadiran Indonesia, Thailand dan Singapura.

"Cabaran kali ini bukan mudah. Kita sedia maklum Thailand telah 13 kali juara Sukan SEA dan ditambah lagi dengan bermain di hadapan penyokong Indonesia yang terkenal dengan fanatik bola sepak mereka. Ia sememangnya cabaran yang sukar buat Malaysia mempertahankan pingat emas itu.

"Malah Singapura juga dilihat ancaman kerana kemampuan mereka dilihat hebat dan mampu menggugat pasukan negara dalam perlawanan pembukaan nanti," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata saingan kumpulan A yang disifatkannya kumpulan maut itu merupakan halangan terbesar buat negara namun beliau yakin pasukan negara mampu membuat kejutan sekiranya persediaan yang dibuat mencukupi.

Sementara itu, bekas ketua jurulatih negara B. Sathianathan pula berkata tumpuan pastinya akan ditumpukan kepada Thailand dan pasukan negara kerana masing-masing mempunyai kemampuan tersendiri yang berbeza.

"Saya lihat Thailand boleh dianggap pasukan pilihan kali ini kerana mereka sentiasa mempunyai pemain muda yang berkaliber berbanding pemain kita beraksi dalam kejohanan ini sentiasa berubah. Untuk rekod, Malaysia memenangi emas sebanyak lima kali iaitu pada 1961, 1977, 1979, 1989 dan 2009 sementara Indonesia selaku tuan rumah pernah memenangi dua kali iaitu 1987 dan 1991.

Malah pada kejohanaan Piala AFF 2010 di Jakarta, Indonesia, pasukan Malaysia terpaksa dibawa menaiki kereta perisai ke dalam stadium akibat tindakan liar segelintir penyokong fanatik Indonesia yang mengancam keselamatan pemain negara pada perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Thailand pula pernah memenangi 13 kali pingat emas pada 1965, 1975, 1981, 1983, 1985, 1993, 1995, 1997, 1999, 2001, 2003, 2005 dan 2007. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Yunus Akui Ramai Pihak Kecewa Kekalahan T-Team

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain