suria

Yeon Choi Julang Trofi LPGA Malaysia Edisi Kedua

KUALA LUMPUR: NA Yeon Choi dari Korea Selatan merangkul kejuaraan pertamanya dalam liga utama LPGA setelah dinobatkan johan edisi kedua Kejohanan Golf LPGA Sime Darby Malaysia 2011 di Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur, Ahad.

Yeon Choi yang kini berada di kedudukan keempat ranking dunia memulakan aksi yang kurang meyakinkan dengan double-bogey di lubang kedua, namun mula mendapat rentak pada lubang seterusnyadengan lima birdie untuk mencatat tiga bawah par 68 pada hari terakhir kejohanan itu.

Yeon Choi, 24, mengumpul mata keseluruhan 269 sekaligus mengatasi pesaing utamanya pemain nombor satu dunia Yani Tseng dengan satu pukulan.

Tseng, yang melakukan enam bawah par 65 hari ini muncul naib johan dengan mata keseluruhan 270, manakala Azahara Munoz dari Sepany ol memenangi tempat ketiga dengan 272.

“Saya gementar bermain hari ini setelah mendengar Yani sering membuat birdie. Dia merupakan pemain menyerlah terutama tahun ini.

“Pun begitu saya gembira dengan permainan saya. Ia mengujakan untuk memenangi kejohanan dan saya berharap kemenangan saya memberi semangat kepada pemain muda di Korea,” katanya yang membawa pulang trofi dan hadiah kemenangan US$285,000 (RM900,000).

Artikel Sebelum

Artikel Lain