suria

Red Bull Juara Pengeluar Dua Kali Berturut-Turut

Vettel (kanan) meraikan kejayaan bersama principal pasukan Red Bull, Christian Horner selepas perlumbaan Formula Satu Korea Selatan, Ahad.
Vettel (kanan) meraikan kejayaan bersama principal pasukan Red Bull, Christian Horner selepas perlumbaan Formula Satu Korea Selatan, Ahad.
Vettel (kanan) meraikan kejayaan bersama principal pasukan Red Bull, Christian Horner selepas perlumbaan Formula Satu Korea Selatan, Ahad.

SEBASTIAN Vettel merangkul kemenangan di Grand Prix Korea bagi memastikan Red Bull muncul juara pengeluar Formula Satu (F1) buat kali kedua berturut-turut hasil 10 kemenangan musim ini.

Pelumba 24 tahun dari Jerman yang meraih gelaran berganda di Jepun minggu lalu memintas pelumba McLaren, Lewis Hamilton pada selekoh permulaan dan terus memecut laju.

Ketika saingan berbaki tiga perlumbaan dan maksimum 129 mata yang ditawarkan, Red Bull tidak mungkin dapat diatasi apabila mendahului saingan terdekat McLaren, 140 mata.

Vettel mencatatkan kemenangan ke-20 dalam F1 dan dia kini hanya ketinggalan tiga kemenangan di belakang juara dunia tujuh kali dan rakan senegara, Michael Schumacher yang mencatatkan rekod 13 kemenangan dalam satu musim bersama Ferrari pada 2004.

“Saya rasa sungguh gembira kerana pasukan terus memberi sokongan walaupun persiapan menjelang perlumbaan ini tidaklah begitu sempurna.

"Tetapi perlumbaan ini sungguh menakjubkan. Jentera semakin lama semakin laju. Minggu lalu, pemandu berjaya menjadi juara dan minggu ini pasukan pula berjaya menjadi pengeluar terbaik,” katanya.

Sementara itu, Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat kedua, 12 saat di belakang juara termuda dunia sebanyak dua kali itu dengan Mark Webber dari Australia ketinggalan 0.4 ketiga untuk memberikan kelebihan buat Red Bull.

Pelumba Britain yang memulakan perlumbaan di petak utama buat pertama kali sejak Grand Prix Kanada, Jun tahun lalu, akhirnya gembira apabila menaiki podium buat pertama kali selepas enam perlumbaan.

“Saya amat teruja. Ia menjadi hujung minggu yang baik bagi saya jika dibandingkan sebelum ini,” katanya.

Juara dunia 2009, Jenson Button menduduki tempat keempat, selepas kedudukannya dari tempat ketiga jatuh ke kedudukan keenam di babak awal dengan pelumba Ferrari, Fernando Alonso dan Felipe Massa, berada di tempat kelima dan keenam.

Artikel Sebelum

Artikel Lain