suria

Lima Peringkat LIMBC 2011 Yang Mencabar

LANGKAWI: Kejohanan kedua Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMBC) yang dijalankan dalam lima peringkat bakal mencabar ketahanan pelumba.

Kejohanan lima hari itu bermula esok dengan kayuhan mengelilingi Pulau Langkawi sejauh 62 kilometer, diikuti peringkat kedua merentas desa Olimpik di Kampung Tok Senik.

Peringkat ketiga pula membabitkan perlumbaan lasak di Telaga Harbour Park manakala peringkat keempat ialah acara 'Raja Bukit' di Gunung Raya, dan terakhir merentas desa jarak dekat.

Seramai 250 perlumba dari dalam dan luar negara mendaftar untuk menyertai kejohanan itu, yang dibahagikan kepada kategori lelaki elit, wanita elit, lelaki master (bagi peserta berumur lingkungan 40 hingga 50 tahun) dan lelaki senior (umur 51 ke atas).

Pengerusi penganjur Datuk Malik Mydin berkata saingan sengit dijangka dari peserta Afrika Selatan Burry Stander, manakala kategori wanita dikuasai pelumba maraton di tangga kelapan dunia Michela Benzoni dari Itali.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain