suria

Pelumba Keenam Dunia Bersaing Di Langkawi

Stander bakal menghangatkan saingan dalam Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2011 minggu depan.
Stander bakal menghangatkan saingan dalam Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2011 minggu depan.
Stander bakal menghangatkan saingan dalam Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2011 minggu depan.

KUALA LUMPUR: Juara Afrika Selatan dan pelumba di tangga keenam dunia, Burry Stander, bakal menghangatkan saingan dalam Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2011 bermula 18 hingg 23 Oktober ini.

Penyertaan pelumba yang dianggap prospek pingat di temasya Sukan Olimpik London 2012 itu disahkan oleh penganjur perlumbaan, Datuk Abdul Malik Mydin, Jumaat.

Anggota pasukan terhandal basikal bukit merentas desa, Specialized Racing, Stander berpeluang cerah mengungguli perlumbaan di Langkawi berlandaskan kedudukannya di tangga keenam kategori merentas desa elit lelaki dalam senarai Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI).

Berusia 24 tahun, Stander yang menduduki tangga ke-15 di Sukan Olimpik Beijing pada 2008, mengungguli saingan Cape Epic, kejuaraan Afrika dan kejohanan kebangsaan Afrika Selatan tahun ini.

Dia dikenali dengan corak perlumbaan yang agresif, cukup teknikal dan berdaya mendaki bukit, ciri-ciri yang membolehkan Stander meraih gangsa Kejohanan Dunia UCI di Quebec, Kanada tahun lalu dan Kejohanan Dunia Bawah 23 UCI pada 2009.

Kehadiran Stander menambah prestij kepada LIMBC yang turut disertai pelumba handalan dunia, termasuk pelumba No 8 maraton wanita, Michela Benzoni dari Itali, juara tiga kali Cape Epic, Karl Platt yang menduduki tangga ketujuh maraton lelaki, bekas juara Eropah, Thomas Dietsch, di tangga ke-13 dunia acara maraton dan Nathalie Schneitter, nombor 8 dalam merentas desa.

Selain mereka, LIMBC menyaksikan kehadiran dua nama besar lumba basikal British - Chris Froome, naib juara Jelajah Sepanyol dan pelumba berbakat, Adam Blythe.

Cabaran Hutan Hujan Tropika 2011 menampilkan lima peringkat bermula dengan Peringkat 1 pada 18 Oktober membabitkan perlumbaan 62km sekeliling Langkawi, disusuli Peringkat 2 acara merentas desa Olimpik di Kampung Tok Senik Resort, Peringkat 3 perlumbaan lasak/endurance di Telaga Harbour Park, Peringkat 4 Raja Bukit di Gunung Raya sebelum berakhir dengan Peringkat 5, perlumbaan merentas desa jarak dekat.

Sebuah perlumbaan jamboree menjadi penutup acara dengan penyertaan terhad kepada 1,000 pelumba pada 23 Oktober. Pendaftaran masih terbuka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain