suria

Jakarta Venue Baru Acara Menembak Sukan Sea

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan Indonesia menyatakan venue acara menembak bagi Sukan SEA ke-26 pada November telah dipindahkan ke Jakarta dari Palembang.

Akhbar Jakarta Post memetik Setiausaha Agensi Hal Ehwal Belia dan Sukan Jakarta Jasmaniar Jafar sebagai berkata keputusan itu dimaklumkan pada Rabu oleh Kementerian Belia dan Sukan.

"Kami telah menerima pengumuman itu. Kami masih belum membincangkan persiapan bagi venue dan atlet," kata Jasmaniar.

Dengan perubahan venue acara menembak itu, Jakarta akan menjadi pusat bagi 25 venue sukan bagi temasya dwi tahunan itu, termasuk Kompleks Sukan Bung Karno di Senayan, Central Jakarta; Stadium Lebak Bulus di selatan Jakarta; dan Velodrom Rawamangun di timur Jakarta.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Bola Sepak Indonesia telah mengesahkan acara bola sepak pada temasya itu akan bermula dari 3 November.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain