Skuad Hoki Ke Afrika Selatan Sebelum Sertai Kelayakan Olimpik - Sukan | mStar

Skuad Hoki Ke Afrika Selatan Sebelum Sertai Kelayakan Olimpik

KUALA LUMPUR: Kejohanan Trofi Cabaran Juara Pusingan 1 Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Johannesburg, Afrika Selatan, Disember ini akan dijadikan medan persiapan untuk skuad hoki kebangsaan menghadapi Kelayakan Olimpik di New Delhi, Februari depan.

Jurulatih hoki kebangsaan Tai Beng Hai berkata walaupun kejohanan di Afrika Selatan tidak menawarkan tiket ke London namun skuad hoki kebangsaan perlu menyertai kejohanan itu bagi memastikan pemain-pemain cergas untuk menghadapi perlawanan di India.

"Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) telah meletakkan sasaran kepada kita untuk meraih minimum tempat kelima di Afrika Selatan, jadi kita akan berusaha untuk mencapai sasaran tersebut," katanya.

Kejohanan di Afrika Selatan yang akan berlangsung dari 26 Nov hingga 4 Dis bakal disertai lapan negara termasuk India, Afrika Selatan, Belgium serta Poland.

Skuad hoki kebangsaan berada dalam kumpulan B bersama dengan Kanada, Argentina dan Jepun.

Skuad Malaysia masih berpeluang untuk layak ke Sukan Olimpik di London pada 2012 sekiranya menjuarai pusingan kelayakan pertama di New Delhi yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 26 Feb depan.

Terdapat enam pusingan kelayakan ke London dan juara setiap pusingan mendapat tiket automatik ke Olimpik.

Beng Hai berkata sebagai persiapan untuk menghadapi kejohanan berkenaan, semua pemain hoki kebangsaan kini menyertai latihan pusat di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

"Pemain hoki kebangsaan yang mewakili kelab masing-masing dalam liga hoki tempatan hanya akan dilepaskan sekiranya mereka mempunyai perlawanan," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Selangor, Terengganu Bawa Bekalan Selesa

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain