suria

Vettel Juara Formula Satu Paling Muda

Vettel meraih gelaran dunia buat kali kedua berturut-turut walaupun perlumbaan masih lagi berbaki empat pusingan.
Vettel meraih gelaran dunia buat kali kedua berturut-turut walaupun perlumbaan masih lagi berbaki empat pusingan.
Vettel meraih gelaran dunia buat kali kedua berturut-turut walaupun perlumbaan masih lagi berbaki empat pusingan.

PEMANDU Jerman, Sebastian Vettel mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai juara dunia termuda Formula Satu (F1) dengan mempertahankan kejuaraan kali kedua berturut-turut apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga Grand Prix Jepun, Ahad.

Vettel menamatkan perlumbaan di belakang Jenson Button dan Fernando Alonso di Litar Antarabangsa Suzuka.

Pemandu Red Bull berusia 24 tahun yang hanya memerlukan satu mata untuk mempertahankan kejuaraan menjadi salah seorang daripada sembilan pemandu, termasuk Juan Manuel Fangio, Ayrton Senna dan Michael Schumacher yang berjaya mempertahankan kejuaraan dunia.

Dia mendominasi musim ini dengan meraih sembilan kemenangan daripada 15 perlumbaan.

“Saya terlalu teruja. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

"Saya juga sangat gembira kerana berjaya mencapai sasaran yang yang kami tetapkan musim ini," katanya penuh emosi selepas perlumbaan.

Dengan baki empat lagi perlumbaan musim ini, Vettel mengumpul 324 mata diikuti Button dengan 210, Alonso di tempat ketiga dengan 202 mata manakala rakan sepasukan Vettel, Mark Webber, 194 mata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kelayakan Euro 2012

Artikel Lain