suria

Terengganu Rancang Kejohanan Kuda Lasak Lebih Baik Tahun Depan

SETIU: Kerajaan negeri akan memastikan kejohanan kuda lasak Piala Sultan Mizan 2012 lebih baik untuk menarik ramai peserta dan penonoton dari dalam dan luar negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat.

"Pada masa akan datang kita akan buat kejohanan ini dengan lebih baik dan menarik lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan itu bagi 2011, Ahad.

Turut hadir Pengarah Kejohanan Kuda Lasak FEI Ian Willian.

Rozi menarik perhatian bahawa tahun ini kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan yang lumayan untuk hadiah kejohanan itu.

Terengganu mempunyai venue kuda lasak antara yang terbaik di dunia dan sesuai untuk kejohanan bertaraf tinggi.

Beliau yakin sukan kuda lasak akan berkembang di Asia.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kelayakan Euro 2012

Artikel Lain