suria

SENARAI MANUSIA TERKAYA DALAM DUNIA BOLASEPAK

LONDON: Pemilik Manchester City, Sheikh Mansour remains menduduki carta teratas dalam senarai manusia terkaya dalam dunia bolasepak dengan kekayaan yang dianggarkan sebanyak £20 bilion (RM100 bilion).

Sheikh Mansour, yang merupakan ahli keluarga Al-Nahyan yang memerintah Abu Dhabi telah melabur tidak kurang dari £1 bilion sejak mengambil alih City pada tahun 2008 sekaligus menukar kelab tersebut sebagai kelab yang mampu bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah dan juga Liga Perdana Inggeris.

Pemegang saham Arsenal, Alisher Usmanov turut menduduki senarai orang kaya yang melibatkan diri dalam bolasepak dengan nilai kekayaan dianggarkan £12.4 bilion.

Rakan kongsi Tan Sri Tony Fernandez dalam kelab QPR, jutawan India, Lakshmi Mittal berada di kedudukan ketiga dengan kekayaan dianggarkan berjumlah £11.8 bilion.

Pemilik Chelsea, iaitu orang kaya Rusia, Roman Abramovich berada di tangga keempat dengan kekayaan bernilai £10.3 bilion.

Sementara pemilik kelab Manchester United Malcolm Glazer berada di tangga ke sembilan.

Dari kalangan pemain pula, paling menakjubkan ialah lima pemain terkaya adalah terdiri daripada para pemain Manchester Utd atau mereka yang pernah bermain untuk kelab itu.

Seperti yang dijangka David Beckham adalah pemain bolasepak terkaya dunia dengan nilai kekayaan dianggarkan £135 juta.

Kemudian diikuti oleh Michael Owen, Rio Ferdinand, Ryan Giggs dan Wayne Rooney. Dan Owen boleh dikatakan masih mengekalkan kedudukannya sebagai pemain yang memperolehi pendapatan paling tinggi walaupun hanya sekadar memanaskan kerusi simpanan.

Empat pemain Chelsea iaitu Frank Lampard, John Terry, Didier Drogba dan Fernando Torres didapati jauh lebih kaya daripada pengurus mereka André Villas-Boas (sila lihat senarai di bawah).

Berikut adalah senarai 10 manusia terkaya dalam dunia perniagaan bolasepak sebagaimana yang dikumpulkan oleh majalah bolasepak FourFourTwo's:

1. Sheikh Mansour - Man City £20bn.

2. Alisher Usmanov - Arsenal £12.4bn.

3. Lakshmi Mittal - QPR £11.8bn.

4. Roman Abramovich - Chelsea £10.3bn.

5. Keluarga Liebherr - Southampton £3bn.

6. Joe Lewis - Tottenham £2.8bn.

7. Denis O'Brien - Celtic/Doncaster £2.517bn.

8. Stan Kroenke - Arsenal £1.8bn.

9. Malcolm Glazer - Man Utd £1.64bn.

10. Mike Ashley - Newcastle United £1.37bn.

Sepuluh Pemain Bolasepak Terkaya:

1. David Beckham - LA Galaxy £135 juta.

2. Michael Owen - Man Utd £40 juta.

3. Rio Ferdinand - Man Utd £36 juta.

4. Ryan Giggs - Man Utd £30 juta.

5. Wayne Rooney - Man Utd £30 juta.

6. Steven Gerrard - Liverpool £27 juta.

7. Frank Lampard - Chelsea £26 juta.

8. John Terry - Chelsea £22 juta.

9. Didier Drogba - Chelsea £19 juta.

10. Fernando Torres - Chelsea £18 juta.

Sepuluh Pengurus Terkaya:

1. Fabio Capello - England £38 juta.

2. Sir Alex Ferguson Man Utd £27 juta.

3. Arsène Wenger - Arsenal £20 juta.

4. Roberto Mancini - Man City £19 juta.

5. Sven-Goran Eriksson - Leicester £15 juta.

6. Harry Redknapp - Tottenham £10 juta.

7. Steve Bruce - Sunderland £9 juta.

8. Kenny Dalglish - Liverpool £8 juta.

9. André Villas-Boas - Chelsea £7 juta.

10. Alex McLeish - Aston Villa £6 juta.

Artikel Sebelum

Artikel Lain