suria

Dua Pelayar Elit Tidak Sertai Sukan Sea

LANGKAWI: Pelayar elit Khairulnizam dan adiknya Khairuneeta Mohd Afendy tidak akan menyertai Sukan Sea di Indonesia November ini bagi memberi tumpuan kepada usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik di London tahun depan.

Mereka akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan bagi menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik di Perth, Australia, pada 3 Disember nanti, kata Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah.

Beliau berkata kedua-dua pelayar itu akan meneruskan latihan selepas menyertai kursus untuk meningkatkan kecergasan fizikal selama sebulan di Institut Sukan Negara (ISN) di Kuala Lumpur sejak 11 Sept lepas.

Malaysia memilih lapan pelayar untuk membawa cabaran pada pusingan kelayakan itu dan kesemua mereka sedang mengikuti kursus kecergasan di ISN.

Lapan pelayar itu adalah Khairulnizam Mohd Adendy dan Mohd Romzi Mohammad dalam acara Laser Standard, Khairuneeta Mohd Afendy dan Nur Amira Hamid acara Laser Radial, International 470 (wanita) Khairulnisa Mohd Afendy dan Nur Ashikin Mohd Sayed selain Ku Anas Ku Zamil dan Mohammad Hafizudin Mazlan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Wusyu Sasar Tiga Emas Sukan SEA

Artikel Berikut

Artikel Lain