Ujian Besar Menanti Skuad Olimpik Malaysia

Skuad Olimpik negara menjalani latihan terakhir menjelang perlawanan menentang pasukan Olimpik Jepun di Stadium Tosu pada Rabu.Foto: The Star/GLENN GUAN
Skuad Olimpik negara menjalani latihan terakhir menjelang perlawanan menentang pasukan Olimpik Jepun di Stadium Tosu pada Rabu.Foto: The Star/GLENN GUAN
Skuad Olimpik negara menjalani latihan terakhir menjelang perlawanan menentang pasukan Olimpik Jepun di Stadium Tosu pada Rabu.Foto: The Star/GLENN GUAN

UJIAN besar bakal dihadapi skuad Olimpik Malaysia yang kini sedang sibuk menjalani latihan terakhir sebelum menjelang perlawanan pertama menentang Jepun bagi Kumpulan C Kelayakan Olimpik di Stadium Tosu, Jepun pada Rabu.

Dengan persiapan rapi skuad bimbingan Ong Kim Swee sejak beberapa bulan lalu sedikit sebanyak memberi harapan kepada seluruh peminat bola sepak tanah air untuk mengutip mata pertama menentang pasukan Samurai Biru ini biarpun sedar mengenai kehebatan negara Matahari Terbit dalam arena bola sepak Asia.

Sentuhan Kim Swee dalam merancang formula terbaik ketika menentang pasukan tuan rumah ini sememangnya ditagih sekali gus membuktikan skuad kebangsaan bukan pasukan belasahan lebih-lebih lagi skuad muda ini telah menunjukkan prestasi positif sepanjang menjalani latihan di Slovakia Julai hingga Ogos lalu.

Dengan tujuh perlawanan yang diaturkan di sana, skuad muda negara telah berjaya memenangi lima perlawanan termasuk ke atas Moldova (1-0), 2-1 ke atas Topolcany, Liptovsky Mikulas (2-1), Dolny Kubiu (2-0), dan FC Levice (1-0). Manakala kalah kepada Honved Budapest (1-4) dan FC Nitra (0-1).

Sementara itu, perlawanan persahabatan terakhir menentang skuad Olimpik Oman minggu lalu, skuad kebangsaan kalah tipis 0-1 dan Kim Swee yakin bahawa kekalahan itu merupakan satu penilaian akhir yang perlu dilihat sebelum turun menentang pasukan Olimpik Jepun ini.

Biarpun persiapan ini dilihat agak terencat kerana Irfan Fazail mengalami kecederaan di lutut dan Wan Zack Haikal Wan Nor cedera di pangkal paha, namun ia pastinya tidak terlalu merisaukan Kim Swee kerana masih mempunyai ramai lagi pemain yang mampu merobek gawang tuan rumah.

Antara pemian yang dipilih bagi saingan ini ialah Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izuan Solahuddin, Mohd Zubir Mohd Azmi, Mohamad Faizal Abu Bakar, Muhammad Nazmi Faiz, Muhammad Syazwan Tajuddin, Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy Govandar, Izzaq Faris Ramlan, Mahalli Jasuli, Mohamad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman, Mohd Izham Tarmizi, Syahrul Azwari Ibrahim, A.Thamil Arasu, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Wan Zack Haikal, Irfan Fazail, Fadhli Shas, Ahmad Hazwan Bakri.

Skuad Olimpik Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Jepun, Syria dan Bahrain dan jika mereka mampu mengutip mata pertama ini, sekurang-kurangnya laluan untuk perlawanan timbal balik pada 22 Februari tahun depan tidaklah terlalu perit.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow, Rusia, tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

KUMPULAN C

Malaysia, Jepun, Syiria dan Bahrain

21 September 2011- SYRIA lwn BAHRAIN

21 September 2011- JEPUN lwn MALAYSIA

23 November 2011- BAHRAIN lwn JEPUN

23 November 2011- MALAYSIA lwn SYRIA

27 November 2011- JEPUN lwn SYRIA

27 November 2011- MALAYSIA lwn BAHRAIN

5 Feb 2012- SYRIA lwn JEPUN

5 Feb 2012- BAHRAIN lwn MAlAYSIA

22 Feb 2012- BAHRAIN lwn SYRIA

22 Feb 2012- MALAYSIA lwn JEPUN

14 Mac 2012- SYRIA lwn MALAYSIA

14 Mac 2012- JEPUN lwn BAHRAIN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Evra Anggap The Blues Saingan Utama

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Duduk rumah, pesan online, kami hantar order! Jom semak senarai servis makanan di kawasan sekitar anda

SEPANJANG tempoh PKP, orang ramai digalakkan membuat pembelian secara dalam talian.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain