suria

Owen, Giggs Bawa United Ke Pusingan Keempat

TIGA jaringan gol pada separuh masa pertama membawa pasukan Manchester United ke pusingan keempat Piala Carling selepas menundukkan Leeds United di Elland Road, awal pagi Rabu.

Michael Owen menghasilkan dua jaringan pada minit ke-15 dan 32 sebelum pemain veteran, Ryan Giggs menambah satu lagi gol pada minit akhir separuh masa pertama tamat.

Keputusan 3-0 ini kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus membawa pasukan kendalian Sir Alex Ferguson ini mara ke pusingan seterusnya.

Sebagai rekod, The Reds telah menjulang trofi ini berturut-turut, 2009 dan 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Evra Anggap The Blues Saingan Utama

Artikel Lain