suria

Malaysia Layak Ke Separuh Akhir Kejohanan AFF Bawah 19 Tahun

KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan, Harimau Muda B, telah berjaya mencapai sasaran apabila melangkah ke separuh akhir menentang Vietnam pada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun di Yangon, Myanmar, Isnin.

Malaysia menempah tiket ke perlawanan separuh akhir setelah muncul naib juara Kumpulan A dengan membelasah Filipina 6-0 pada perlawanan akhir peringkat kumpulan di Pusat Latihan Remaja, Yangon, semalam.

Malaysia mendahului 4-0 pada babak pertama sebelum menambah dua lagi gol pada babak kedua untuk mengutip mata penuh serta menduduki tempat di belakang juara kumpulan, Thailand.

Dalam pada itu, Thailand akan menentang tuan rumah Myanmar pada satu lagi perlawanan separuh akhir, Isnin.

Ketua jurulatih Malaysia (Harimau Muda B), Ismail Ibrahim, seperti dipetik oleh laman web AFF, berkata beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnnya menepati sasaran ke peringkat separuh akhir.

Katanya pemainnya sudah belajar daripada kesilapan ketika kalah kepada Thailand dalam perlawanan kumpulan dan kini lebih berazam untuk meningkatkan prestasi menentang Vietnam pada saingan separuh akhir, Isnin.

KEPUTUSAN PERLAWANAN KUMPULAN:

KUMPULAN A:

MALAYSIA mn Filipina 6-0

Thailand mn Singapura 3-0

JADUAL SEPARUH ESOK:

Thailand mln Myanmar

MALAYSIA mln Vietnam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain