suria

Lumba Basikal Lasak Pangkor Tarik Peserta Asing

LUMUT: Sebanyak 157 pelumba luar negara adalah antara 982 orang peserta yang akan berentap merebut kejuaraan kejohanan basikal lasak Pangkor International MTB Jamboree & XC Race (PIMBC) 2011 di Pulau Pangkor di sini dari Jumaat hingga Ahad ini.

Pengerusi PIMBC 2011, Muhd Sanusi Kamarul Azaha berkata peserta luar yang beraksi itu terdiri daripada Indonesia sebanyak 60 orang, Thailand (43), Rusia (12), Perancis (4), Hong Kong (4), Singapura (32) dan Australia (2).

"Jumlah penyertaan amat mengalakan dan melebihi daripada sasaran awal iaitu hanya seramai 500 orang peserta.

"Penyertaan yang begitu ramai termasuk penyertaan peminat sukan berbasikal lasak dari seluruh dunia sekali gus meletakan trek kejohanan ini bertaraf antarbangsa yang setanding dengan negara luar,” katanya, Rabu.

Majlis perasmian kejohanan akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Padzi Paharuddin, Jumaat ini manakala penyampaian hadiah akan dilakukan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Dataran Pasir Bogak, Pulau Pangkor pada Ahad.

Muhd Sanusi berkata kejohanan berkenaan telah dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri Perak dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Liga Juara-Juara

Artikel Lain