suria

Liga Juara-Juara: Chelsea Benam Leverkusen

Luiz berjaya memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama pasukan pada aksi pertama Liga Juara-Juara menentang Leverkusen awal pagi, Rabu.

PASUKAN Chelsea membuka tirai perlawanan Liga Juara-Juara (CL) Kumpulan E dengan keputusan memberangsangkan apabila menang 2-0 ke atas Bayer Leverkusen di Stamford Bridge, awal pagi Rabu.

Anak buah Andre Villas-Boas ini terpaksa bekerja keras untuk menghasilkan gol pertama apabila pemain pertahanan, David Luiz berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-67 permainan.

Manakal gol kedua perlawanan dijaringkan oleh Juan mata pada minit akhir permainan (m-90) dengan bantuan Fernando Torres yang yang memberi hantaran cantik sebelum bola mencecah gawang.

Kemenangan ini pastinya satu berita sedih buat bekas pemain The Blues, Michael Ballack yang terpaksa akur dengan kekalahan pasukannya.

Menurut Villas-Boas, dengan kemenangan ini, dia menganggap masalah prestasi pasukan sudah selesai.

“Masalah sudah selasai. Masalah sudah selesai. Kami telah berbincang dan situasi yang melanda pasukan sudah selesai.

"Kamu dapat lihat semua pemain melibatkan diri dalam permainan dan kami telah meletakkan prestasi di tahap yang terbaik,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Liga Juara-Juara

Artikel Lain